Amazon

Lazada

Lazada Malaysia

Tuesday 12 May 2015

Berus gigi teknologi nano tidak perlu ubat gigi - Bisnes - Sinar Harian


TEKNOLOGI nano digunakan sekarang bagi menghasilkan litar bersaiz kecil. Pada masa hadapan, robot kecil dikatakan dapat memasuki aliran darah manusia dan memusnahkan sekatan pada saluran manusia.

Jika di Malaysia teknologi nano dijadikan modal untuk syarikat ponzi menjual penapis dihidrogen oksida kepada pengguna yang buta teknologi. Tetapi di Jepun teknologi nano digunakan untuk membersihkan gigi.

Misoka ialah berus gigi teknologi nano yang tidak memerlukan anda membeli ubat gigi untuk menggunakannya.

Berus Misoka diselaputi ion galian berdiameter 1/1000000000 meter yang akan menarik kotoran daripada gigi. Ianya lebih halus berbanding berus biasa dan dapat memasuki ruangan di antara gigi dengan lebih mudah. Setiap Misoka hanya boleh digunakan sebulan seperti ion pada berus tidak lagi mampu menarik kotoran.

Misoka memastikan anda tidak perlu lagi membeli ubat gigi. Berus gigi ini dijual pada harga AS$104 (RM375.02) sebatang. Anda mungkin jimat membeli ubat gigi tetapi tidak melakukan penjimatan pada harga berus gigi.

No comments:

Post a Comment